AKTA PERUNDANGAN DAN DASAR DI MALAYSIA

AKTA PERUNDANGAN DAN DASAR DI MALAYSIA

Sejarah pendidikan khas di Malaysia bermula sejak awal tahun 1920 iaitu dalam kalangan sukarelawan yang telah membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah, ketidakupayaan penglihatan, dan ketidakupayaan pendengaran. Perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran.


Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat


Peristiwa penting yang mempengaruhi perkembangan pendidikan khas di dalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) termasuklah hak bagi setiap individu mendapat pendidikan seperti mana dinyatakan dalam Perkara 26 (Fasal 26) di dalam Deklarasi Universal Hak-hak Asasi Manusia (1948):


Setiap orang berhak memperoleh pendidikan. Pendidikan haruslah diperoleh setidak- tidaknya di tahap sekolah rendah dan pendidikan awal atau pendidikan dasar. Pendidikan rendah perlu diwajibkan. Pendidikan teknik dan vokasional secara umumnya harus terbuka kepada semua orang dan pendidikan tinggi harus dapat dimasuki dengan cara yang sama oleh semua orang berdasarkan kepantasan.


Pendidikan harus ditujukan ke arah perkembangan peribadi yang seluas-luasnya serta untuk menebalkan penghargaan terhadap hak asasi manusia dan kebebasan asas. •Pendidikan harus menggalakkan saling pengertian, toleransi dan persahabatan di antara semua bangsa, kelompok ras mahupun agama serta harus memajukan kegiatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa dalam memelihara perdamaian.


Ibu bapa diberi keutamaan dalam memilih jenis pendidikan yang akan diberikan kepada anak-anak mereka (Deklarasi Universal Hak Asasi Kemanusiaan, 1948).


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)


Pada tahun 1959, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan Hak Kanak-kanak Istimewa di mana mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut ketidakupayaan yang dialami serta peluang menjadi seberapa normal yang mungkin. 


Hal ini telah dinyatakan di dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak yang telah diterima pakai oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu pada 20 November 1989 di dalam perkara (23):


Negara-negara pihak mengiktiraf bahawa seseorang kanak-kanak kurang upaya secara mental atau fizikal patut menikmati kehidupan yang sepenuhnya dan dihormati dalam keadaan yang memastikan kemuliaan, menggalakkan sikap tidak bergantung, dan memudahkan penglibatan aktif kanak-kanak itu dalam komuniti.


Murid berkeperluan khas peru mendapat jagaan khas dan hendaklah menggalakkan dan memastikan peluasan, tertakluk kepada sumber yang ada, kepada kanak-kanak yang layak dan kepada mereka yang bertanggungjawab bagi jagaannya, bantuan yang kerananya permintaan itu dibuat dan yang sesuai bagi keadaan kanak-kanak itu dan bagi hal keadaan ibu bapa atau orang lain yang menjaga kanak-kanak itu.


Dalam mengiktiraf keperluan khas bagi seseorang kanak-kanak kurang upaya, bantuan yang diperluaskan mengikut


Satu pelan harus dirangka untuk berkesan yang telah mendapat akses memastikan bahawa kanak-kanak kurang upaya dalam menerima pendidikan, latihan, perkhidmatan jagaan kesihatan, perkhidmatan pemulihan, persediaan untuk bekerja dan peluang rekreasi yang sesuai.


Akta Pelajaran 1961


Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran 1961.

 

Akta ini dinyatakan bahawa sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya.


Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978)

Laporan ini mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah perakuan kerajaan. 


Pihak kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan


Akta Pendidikan 1996


Merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 yang bertujuan untuk memantapkan serta mengemas kini sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia.


Akta ini menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Akta ini berpaksikan kepada perakuan-perakuan utama terkandung di dalam Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan. Akta ini memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai pengantar utama di IPTS. 


Ciri-ciri Akta Pendidikan 1996


  1. Perundangan pendidikan yang lengkap.
  2. Hadapi perubahan pendidikan.
  3. Banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961.
  4. Memenuhi aspirasi Wawasan 2020.
  5. Misi negara.
  6. Pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961.
  7. Untuk adakan peruntukan bagi pendidikan.
  8. Bersifat futuristik.
  9. Kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada.


Tujuan penggubalan Akta Pendidikan 1996

  1. Memantapkan sistem pendidikan kebangsaan.
  2. Memperkukuhkan kedudukan bahasa suku kaum.
  3. Penyelarasan semua jenis kurikulum kategori sekolah melalui kurikulum kebangsaan.
  4. Mempertingkatkan pendidikan teknikal.
  5. Mencakupi perundangan pada tahap prasekolah hingga tahap pendidikan tinggi.
  6. Pendidikan Islam diperluaskan.
  7. Mengadakan peruntukan bagi pendidikan.
  8. Menggunakan sistem penilaian dan peperiksaan yang sama.
  9. Memperluas bidang kuasa Menteri Pendidikan.
  10. Memperkukuhkan latihan perguruan.
  11. Pendidikan swasta yang lebih sistematik.


Implikasi Akta Pendidikan 1996 ke atas Sistem Pendidikan Kebangsaan

  1. Bahasa Kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib.
  2. Kedudukan bahasa kebangsaan diperkukuhkan.
  3. Sistem pendidikan dimantapkan meliputi semua peringkat persekolahan.
  4. Wujudnya pendidikan Prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan lepas menengah dan pendidkan tinggi.
  5. Pemantapan sistem pendidikan Kebangsaan untuk menjadi pusat kecemerlangan bertaraf dunia.
  6. Ilmu merupakan penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa.


Akta Pendidikan merupakan asas kepada Sistem Pendidikan Kebangsaan yang di dalamnya terkandung segala perkara yang berkaitan dengan pendidikan negara yang bertunjangkan falsafah pendidikan kebangsaan. Kefahaman seseorang guru tentang kepentingan akta ini adalah amat mustahak ketika menjalankan tugas sebagai seorang pendidik supaya selari dengan hasrat, visi dan misi kementerian pendidikan serta kerajaan amnya.


Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013

Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) digubal berpandukan Seksyen 41 Akta Pendidikan 1996. Di Malaysia, pendidikan khas telah mendapat perhatian semua pihak apabila Akta Pendidikan 1996 menyatakan program pendidikan khas di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan layak diikuti oleh murid dengan keperluan khas yang boleh dididik, iaitu “Jika dia mampu menguruskan diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh suatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai daripada Kementerian Pendidikan dan pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya berupaya mengikut program pendidikan kebangsaan."


Sehubungan dengan itu, pendidikan khas di Malaysia pada masa kini adalah di bawah tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia.


MBK adalah golongan yang diperakui oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi sebagai mereka yang memiliki ciri-ciri seperti ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal, memiliki masalah di dalam pembelajaran atau mana-mana kombinasi ketidakupayaan yang telah disebutkan. 


MBK boleh mendapatkan Program Pendidikan Khas Integrasi atau Program Pendidikan Inklusif pada peringkat pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pendidikan lepas menengah. Program Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada tiga kategori yang utama iaitu Program Pendidikan Khas Berketidakupayaan Pendengaran, Program Pendidikan Khas Berketidakupayaan Penglihatan dan Program Pendidikan Khas Integrasi. Program ini disediakan dari peringkat prasekolah sehinggalah sekolah menengah.


Pelaksanaan program pendidikan inklusif (PPI) adalah termaktub dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, Akta Pendidikan 1996 yang membolehkan murid berkeperluan khas (MBK) menghadiri kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. •Selain mempersiapkan murid PPI menghadapi proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) serta bersedia menduduki peperiksaan awam, PPI turut memberi peluang kepada MBK berinteraksi dan bersosial bersama murid aliran perdana secara positif dan efektif. Program Pendidikan Khas di Malaysia dibahagikan kepada tiga kategori yang utama iaitu Sekolah Pendidikan Khas (SPK), Program Pendidikan Inklusif (PPI) dan Program Pendidikan K.

has Intergrasi (PPKI)


Dasar Penolakan Sifar (Zero Reject Policy)


Pelaksanaan Zero Reject Policy secara berperingkat bermula tahun 2019. Zero Reject Policy merupakan dasar sedia ada yang perlu dimantapkan dari segi pelaksanaannya mereka sama ada ke sekolah-sekolah biasa (mainstream) melalui Program Pendidikan bagi memastikan MBK menerima pendidikan yang selari dengan ketidakupayaan Inklusif, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) atau Sekolah Pendidikan Khas (SPK) dari peringkat prasekolah, rendah, menengah dan lepas menengah.


    Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550], Seksyen 29A. Pendidikan Rendah Wajib menggariskan bahawa:


  1. Subseksyen (2) Tiap-tiap ibu bapa yang merupakan warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia hendaklah memastikan bahawa jika anaknya telah mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa anak itu didaftarkan sebagai murid di sekolah rendah dalam tahun itu dan terus menjadi murid sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib.
  2. Subseksyen (4) Ibu bapa yang melanggar subseksyen (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.


Berpandukan kepada Akta 550 ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan bahawa murid berkeperluan khas (MBK) juga berhak untuk menerima pendidikan wajib di peringkat sekolah rendah.


Comments