RUMUSAN DASAR PENDIDIKAN INKLUSIF


    Secara keseluruhannya, pendidikan khas di Malaysia memberi ruang kepada semua Murid Berkeperluan Khas (MBK) untuk mendapatkan pendidikan secara formal di:

  1. Sekolah Pendidikan Khas
  2. Sekolah mempunyai Program Integrasi
  3. Sekolah mempunyai Program Inklusif
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Khas memfokuskan kepada perkembangan serta keupayaan individu ke arah kecemerlangan akademik melalui 3 prinsip utama iaitu, pendidikan menyeluruh dan bersepadu, pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna, dan pendidikan sepanjang hayat.

    Dengan itu, dasar dan perundangan yang telah digariskan amat penting dalam membantu perkembangan pendidikan MBK sama ada di peringkat rendah, menengah mahupun peringkat pengajian tinggi atau institusi kemahiran.

Comments