PENGENALAN DASAR BAGI PENDIDIKAN INKLUSIF


    Pendidikan merupakan satu wadah yang penting dalam membangunkan sesebuah negara bagi merealisasikan wawasan untuk mencapai taraf negara maju. Sistem pendidikan yang bertaraf maju hendaklah bertujuan memperkembangkan potensi individu tanpa ketidakadilan bagi mencapai gagasan aspirasi sesebuah negara tersebut.

Pendidikan Inklusif merupakan satu isu global di beberapa buah negara termasuklah Malaysia yang menyatakan matlamat untuk mencapai objektif tersebut. Pendidikan ni dianggap sebagai pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan khas.

Pendidikan adalah hak asasi manusia kerana semua berhak untuk belajar, menuntut ilmu dan mempelajari perkara yang mereka ingin belajar. Hal ini menunjukkan bahawa Murid Berkeperluan Khas (MBK) juga berhak untuk menuntut ilmu demi mencapai minat dan cita-cita mereka. 


    
    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merancang pendidikan untuk semua golongan kanak-kanak dengan mengamalkan prinsip Pendemokrasian Pendidikan. Pendemokrasian Pendidikan bermaksud semua kanak-kanak mempunyai hak untuk mengakses pendidikan tanpa mengira kaum, latar belakang, status ekonomi serta ketidakupayaan. Mereka juga mendapat persekitaran untuk belajar dan bermain yang berunsurkan "barrier-free learning environment".

    KPM juga melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Pendidikan Inklusif (PPI) pada peringkat pra-sekolah, rendah, menengah dan lepas menengah. Ini demi melaksanakan "Pendidikan untuk Semua". Oleh itu, dalam topik ini akan dihuraikan akta-akta yang wujud demi merealisasikan aspirasi ini.



Comments